Many things had happened lately. Some are good, some are bad, some are sad, and some are happy. Kadang2 kite antara sedar dan tak sedar dengan kejadian2 ini. Tak sangke hidup kite ni mmg penuh dgn dugaan, cabaran, rintangan dan halangan. Tapi cara kita tangani sume tu yg paling penting. Kadang2 kite kurang ambil perhatian dengan benda2 yg kecil yg bg kita seakan-akan tidak penting dan hanya sebagai picisan atau sampingan. Tapi sebenarnye itulah pelengkap yg kite cari2 selama ni. (Penuh madah nampaknye. Haha.)
Kalau dikira-kira sehingga hari ni, dah lebih kurang ± 40 hari arwah bapak aku meninggal. Tu la yang aku maksudkan, kadang2 kite tak sedar. Terase jugak pemergian ayahanda tercinta. Walaupun aku ni tak mampu menjadi anak yg baik kepade bapak aku sendiri, tapi kite tetap sayang pada bapak kite kan. Sebak rasenye bile aku sendiri menyaksikan nafas terakhir arwah dihembuskan. Aku dan kakak aku yang jadi saksi nafas2 terakhir seorg insan bergelar bapak. Dan yang paling sedih sekali, aku tak mampu menjadi manusia yang tabah. Aku mengaku, aku menangis. Dan sehingga hari ni, aku masih lagi menangis.
Sebak. Itu je ayat yang dapat menggambarkan perasaan aku skarang ni. Tak sempat aku nk tunjukkan gulungan ijazah aku pada bapak aku. Tak sempat aku nk tunjukkan bakal isteri aku. Dan tak sempat aku nk tunjukkan waris seterusnya pada bapak aku. Kita redha dengan pemergiannya menghadap Ilahi, tapi belum tentu lagi rasa sebak tu dpt diubati. Astaghfirullah... Jangan kita ratap pemergiannya. Pergilah bapakku... Ku iringkan doa dan selawat di atas pemergianmu.
Dalam kenangan
Muhamad Sali Luddin bin Ibrahim@Hassan
Seorang anak, seorang abang, seorang suami dan seorang ayah
~al-Fatihah~
Dari anak bongsumu
Suhaiimran bin Muhamad Sali Luddin
Muhamad Sali Luddin bin Ibrahim@Hassan
Seorang anak, seorang abang, seorang suami dan seorang ayah
~al-Fatihah~
Dari anak bongsumu
Suhaiimran bin Muhamad Sali Luddin
~PoJenG UnLimiTeD~
(nota kaki : kepada rakan2 yang sudi, anda dijemput untuk hadir ke rumah pada 11 Julai 2009 untuk majlis tahlil arwah di rumah aku selepas Isyak.)
1 comment:
sorry bob.. aku tak dapat pi.. aku keja haritu.. kim salam aku kat mak hang.. malas nak letak username ngan password.. mamu..
Post a Comment